... kembali
     
Pengimejan Optik

Kanta sesebuah kamera adalah penentu
kualiti sebenar sesebuah fotograf. Ia boleh dibandingkan dengan mata manusia. Apa
yang anda lihat adalah imej yang dipancarkan dari mata kepada retina. Imej ini akhirnya ditafsirkan oleh otak. Dalam fotografi digital,
imej dipancarkan oleh kanta Variogon (‘mata’ kamera) kepada Cip Sains Warna (‘retina’ kamera). Dari penderia elektronik ini, isyarat elektronik dihantarkan kepada perisian algoritma pintar (‘otak’ kamera). Kodak, yang sedia terkenal oleh sebab penyelidikan
pesatnya dan pembangunan teknologi pengimbasan, mengorak langkah dengan Cip Sains Warna yang digunakan. Bersama-sama dengan Cip Sains Warna, kanta Variogon menghasilkan fotograf berwarna yang cemerlang serta mempersonakan dan pastinya akan menyeronokkan jurufoto yang pintar.

Galeri foto
 


 

Prestasi kanta

 

Kanta Variogon mempunyai kejituan unggul terhasil dari penghitungan optik yang rumit dan kanta ini mengandungi pelbagai kanta tunggal yang boleh digerakkan. Kesemua kanta ini bertindak bersama selaras dengan undang-undang optik untuk mencapai keperluan tertinggi kamera digital yang moden.

Kanta Variogon dapat menghasilkan warna yang terang dan jelas serta ketajaman yang terpelihara dalam hampir kesemua keadaan pencahayaan, samada ruang dalaman yang malap ataupun di ruang luaran yang diterangi cahaya matahari. Semua kanta kami samada dari jenis sudut-luas sehinggalah ke jenis telefoto, anda akan dapat memperhatikan keterangan sudut ke sudut yang amat ketara, terang dan tajam.
 

   
  "Mäuseturm" di Bingen/Rhine berhampiran Bad Kreuznach (Germany), warisan kebudayaan dunia UNESCO di bahagian pertengahan hilir lembah sungai Rhine
   


Kanta Variogon mempunyai elemen asferikal bagi menghasilkan sebuah kanta yang padat, di mana ianya mampu menghasilkan fotograf yang mengkagumkan walau dalam keadaan apa sahaja. Elemen-elemen asferik ini menghindarkan herotan dan kehilangan ketajaman imej yang terjadi akibat penggunaan kanta sferikal biasa.

Di dalam kamera digital zum tinggi Kodak EasyShare, terdapat elemen kaca penyebaran rendah tambahan
yang digunakan untuk mengurangkan aberasi kromatik yang biasanya sukar dikawal dalam kanta zum perkadaran-tinggi. Hasilnya menyebabkan kilauan dapat dikurangkan, kontras dan ketajaman dipertingkatkan dan warna kelihatan tepu di kesemua jarak zum.
 

Rekabentuk Optik
Rekabentuk optik merupakan satu kemahiran yang rumit, khususnya pembetulan optik sistem kanta zum. Kanta zum diperbuat dari beberapa kanta tunggal yang perlu bertindak di antara satu sama yang lain dengan mematuhi hubungan optik untuk menghasilkan imej yang tajam disepanjang jarak memfokus dan zum di samping dikeseluruhan kawasan imej. Untuk mencapai matlamat ini, adalah amat penting untuk mengurangkan seberapa yang boleh aberasi optik fizikal seperti aberasi sferikal, koma, kelengkungan medan, astigmatisme, herotan dan aberasi kromatik.



Maklumat sejarah tambahan mengenai: kanta Variogon